Resepi Ramadhan Ikan Bakar Sambal Viral

Resepi Ramadhan Ikan Bakar Sambal Viral | Kali ini buat pertama kali team Kongsi resepi Kami ingin share menu berbuka iaitu Ikan Bakar Sambal pasti berselera anda makan. Cubalah...
Resepi  Ikan Bakar Sambal

Bahan-bahannya:
● 15 batang cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
● 3 biji bawang besar
● 2 biji bawang putih
● 1/2 cm belacan
● 1 biji tomato
● Kisar semua bahan hingga halus
● 1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut dengan asam jawa tanpa air. (Ada orang rendam 5 minit dalam air kapur untuk hilangkan hancing)
● Bila hendak guna, ikan pari dicuci bersih
● Beberapa helai daun pisang
● 3 biji atau lebih limau kasturi
(untuk perah atas ika )
● Daun ketumbar ( racik kasar )
● Garam
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
2. Alas daun pisang diatas dulang pembakar. Letak sedikit sambal kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi. Bakar ikan hingga masak.
3. Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan.
Selamat Mencuba! Semoga perkongsian Resepi Ramadhan Ikan Bakar Sambal Viral dapat menceriakan family anda, jangan lupa tekan butan share ya..
Resepi Ramadhan Ikan Bakar Sambal Viral Resepi Ramadhan Ikan Bakar Sambal Viral Reviewed by sarip kay on 1:49 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Online casino | Where to play Baccarat
    You'll love a lot of free casino games, worrione including a 메리트 카지노 great selection of online 메리트 카지노 주소 games. You'll also have access to hundreds of other slot machines for free.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close